Wednesday 5 March 2014

Renung - Renung kan lah...

Di sebuah restoran mahal..
Seorang gadis bertudung makan seorang diri...
tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di
meja sebelah..
Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :
"gadis kampung mana pulak datang restoran
mahal camni pastu makan guna tangan pulak
tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu
kan.."
Seorang anak muda pulak menyampuk:
"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin
pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau
awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet
katakan..nak jaga badan...."
Seorang lagi berkata :
"eww..tengok tu...sampai menjilat jari
dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..
Kemudian datang seorang lelaki yang tidak
dikenali ke arah kumpulan remaja tu...
Lelaki tu berkata:
Gadis bertudung itu makan guna tangan
kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan
kerana dia gadis kampung.
Gadis bertudung itu makan sampai licin
kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir,
bukan kerana dia tidak malu.
Gadis bertudung itu makan sampai menjilat
jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan
kerana dia pengotor.
p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud :
“Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka
sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa
yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di
dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)
*^v^* · 

No comments:

Post a Comment