Saturday 8 March 2014

Perlongsian Masyarakat... MH370

Info #1

Usaha mencari pesawat diperluas meliputi Selat Melaka - DCA

SEPANG 9 Mac - Usaha mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilaporkan hilang di sempadan Malaysia-Vietnam akan diperluas hingga meliputi Selat Melaka mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, jabatan itu mendapat kerjasama daripada pihak berkuasa Vietnam dan Singapura dalam usaha pencarian pesawat itu yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

"Ini adalah sebahagian daripada SOP dengan tumpuan usaha mencarinya di Laut China Selatan dan diperluaskan ke Pantai Timur Semenanjung," katanya di sini, lewat semalam.

Ketika ditanya mengenai dua tumpahan minyak di perairan Vietnam, Azharuddin berkata, belum ada laporan yang mengesahkan tumpahan minyak itu dan DCA masih menunggu maklum balas daripada kerajaan Vietnam mengenainya.

Menurut laporan-laporan berita, tumpahan minyak itu dikesan di perairan selatan Vietnam pada Sabtu dan masing-masing adalah sepanjang kira-kira enam dan sembilan meter. - BERNAMA




Info #2


Operasi Mencari Pesawat MH370 Diteruskan Sepanjang Malam - Aziz Kaprawi


PETALING JAYA: Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, operasi mencari dan menyelamat bagi pesawat MH370 yang hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Sabtu, akan diteruskan sepanjang malam.



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengendalikan operasi pencarian di sebelah malam berikutan pesawat mereka dilengkapi dengan kemudahan alat pandangan malam (night vision).



Aziz berkata, pihak berkuasa begitu yakin bahawa pesawat MH370 telah hilang di kawasan perairan.


Operasi pencarian diperluasakan termasuk pantai barat dan timur Malaysia.

"Kedua-dua pasukan mencari dan menyelamat Malaysia an Vietnam sedang melakukan pencarian di kawasan perairan masing-masing," katanya.

Mengenai tumpahan minyak sepanjang 20 kilomter yang dikesan antara Malaysia dan Vietnam, Aziz berkata, mereka ada bertanyakan kepada pihak berkuasa Vietnam mengenai perkara itu.

"Tetapi pihak berkuasa Vietnam belum lagi memaklumkan semula (pengesahan) kepada kita," katanya.

Pesawat Boeing 777-222 hilang dari radar dengan 239 orang berada di atas kapal dalam penerbangan ke Beijing selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi.

Ia kemudiannya hilang dari radar pada pukul 1.30 pagi.

-Mstar-





Info #3: Untuk Mu MH370

Menanti Kamu MH370

Langit sudah bertukar kelabu,
Kesedihan melanda terpahat di kalbu,
Seluruh dunia menanti beritamu,
Muncullah nanti seperti selalu..

Andai tercalar tinggalkan lah petanda,
Andai terguris tunjukkan lah di mana,
Andai ada tunjukkan lah rupa,
Tidak nanti kami tertanya..

Sudah tertulis janji bersemi,
Lautan biru bertukar merah,
Ya Allah Ya Tuhan kami,
KepadaMu kami berserah.

#Pray4MH370

credit : WUJUD


Info #4

Banyak kapal dan pesawat sedang mencari pesawat, di sini adalah area pencarian dari Vietnam, Singapura dan Malaysia. Kapal Vietnam mendekati lokasi kemalangan, kami berharap akan memiliki berita terkini.




Info #5


Ibu amat berharap anak perempuan ditemui selamat

JERLUN 9 Mac - Ibu seorang daripada penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilapor hilang hari ini, amat berharap anak perempuannya itu ditemui dalam keadaan selamat.

Tan Tuan Lay, 53, berkata, anaknya Chew Kar Mooi, 31, ke Beijing atas urusan kerja dan beliau hanya mengetahui mengenai kehilangan pesawat itu pada kira-kira 9 pagi tadi melalui anak sulungnya, Chew Kar Hui, 33 .

"Sebelum Kar Mooi menaiki pesawat dia ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya bahawa pesawat yang dinaikinya akan berlepas.

"Selepas itu, kami tidak dapat apa-apa berita mengenainya sehinggalah anak

sulung saya beritahu pihak MAS mengarahkannya membawa pasport ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami sekeluarga amat mengharapkan pesawat itu dijumpai dan anak kami selamat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, Kerpan dekat sini, semalam.

Tan berkata, anak keduanya itu, yang bekerja sebagai pegawai bahagian

pinjaman di Maybank Kuala Lumpur, merupakan seorang anak yang periang dan sering berkongsi masalah dengan keluarga.

"Kali terakhir saya berjumpa dengannya ialah pada Tahun Baharu Cina lepas," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang pesawat itu Jee Jing Hang, 41,

menghubungi ibunya yang tinggal di Jitra sebelum bertolak ke Beijing, pada

kira-kira 11 malam tadi.

Abang mangsa, Jee Jing Hong, 42, berkata bagaimanapun adik lelakinya itu

yang juga pengatur cara komputer dan memiliki syarikat sendiri di Seremban, tidak memaklumkan tujuannya ke Beijing. - BERNAMA

Update 9 Mac 2014

Utusan Malaysia.


Info #6


Pandangan udara tumpahan minyak dilihat dari pesawat Tentera Udara Vietnam lewat petang tadi...





Ayuh sama-sama doakan keselamatan dan kekuatan buat ahli keluarga penumpang MH370. Semoga Allah memberikan kekuatan buat mereka!


Baru hantar anak kat KLIA..kalini datang balik dgn rasa berbeza..kuatkan ibu & keluarganya YaAllah


No comments:

Post a Comment