Tuesday 11 March 2014

Punca kemalangan Jalan Raya Terjadi... 


Sebab pertama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.




Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kenderaan yang hendak digunakan di jalan raya sewajarnya diselenggara sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.


Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang. Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui jalan berbahaya.



Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya. Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan cuaca hujan dan jalan raya licin.



Kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak berkuasa mestl mengambil tindakan undang­-undang terhadap pesalah jalan raya. Contoh tempat-tempat yang perlu dipantau ialah jalan berbukit, digarisan berkembar dan kawasan lampu isyarat. Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.


3 comments:

  1. Nice sharing. Setuju sangat2...

    ReplyDelete
  2. susah plak nk follow blog panda boolat ni...ada error plak... btw...pasal entry ni...kebanyakan accident dsebabkan pemandu tu sendiri...mcm pagi tadi...noe drive...mengantuk sangat...boleh terlelap dalam 1 sec..tengok dh masuk lane lain...adusss...nasib baik x ada kereta lain...

    ReplyDelete
  3. sama dengan kata n O e s u h a i m i.. dari semalam cuba follow, tapi tak boleh sebab keluar error.. alhamdulillah hari ini dapat juga follow..
    semuanya berpunca dari sikap pemandu itu sendiri.. kebanyakan pemandu sekarang mementingkan diri sendiri sahaja..

    ReplyDelete